KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain. Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri. Dari jauh CINTA memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu macam ni KASIH mesti akan habiskan masa di perpustakaan. Sudah lama CINTA meminati KASIH tau, tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA selalu tenung wajah KASIH, menyayangi KASIH, dalam diam.CINTA sedar KASIH menghadapi masalah besar.Wajah KASIH yang ceria, bagai di rundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA menghampiri KASIH. KECEWA menarik kerusi dan duduk di sebelah KASIH. CINTA perhatikan gelagat KECEWA yang selalu mengganggu KASIH. Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH, tapi apakan daya. CINTA hanya mampu melihat dari jauh.kerana KECEWA memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH, kalau tidak kenapa KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA, dibiarkan KECEWA berlalu sepi. Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.SEDIH mengajak KASIH keluar bersama dan CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan, CINTA lekas mengejar KASIH dan juga rakannya iaitu SEDIH. "KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk.. "Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?". Waaaaaaah.. lembutnya suara KASIH. Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH. "KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?""Apa? CINTA bermimpikah? CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan ni? KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti akan datang mengganggu CINTA dan KASIH. CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA boleh terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf. "KASIH ingin berlalu pergi. "KASIH..KASIH..tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan. KASIH Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH ye.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama, tapi tolonglah Berilah CINTA peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. Dah lama menaruh hati pada KASIH. Tolonglah KASIH.""hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye. KASIH nk pergi dulu eh. SEDIH dah lama tunggu KASIH."
"CINTA tunggu jawapn KASIH. Tolong ye KASIH. Beri CINTA peluang. Tolong lah fikirkan masak-masak tul CINTA. Tolong ye KASIH."
CINTA memerhati KASIH berlalu pergi. KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak mungki KASIH ingin lihat CINTA SEDIH dan berduka lara."CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA. kerana KECEWA pasti akan mengganggu kita. Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA. Tak mungkin kita akan bahagia bersama mungkin kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita. Maafkan KASIH ya CINTA..Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?
No comments:
Post a Comment